Hilda Hew Mun Foong
15, Jalan Telawi Enam,
Bangsar Baru, 59100
KUALA LUMPUR
Guru Disiplin Pengawas
SMK SERI PANTAI,
Jalan Kerinchi Kiri,
Kg Kerinchi, 59200
KUALA LUMPUR 6 JANUARI 2009
Cikgu,
Aduan berkenaan Pengawas yang telah mendiskriminasikan saya.
Berhubung perkara di atas, saya Hew Mun Foong, seorang pelajar daripada tingkatan 6 Atas Aspirasi, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai ingin membuat aduan tentang seorang pengawas lelaki. Pengawas tersebut telah mendiskriminasi saya. Perkara ini telah menginggung perasaan saya dan menjatuhkan maruah saya, malah pengawas ini telah melanggar peraturan sekolah juga.
2.Pengawas tersebut telah mendiskriminasi saya sewaktu perhimpunan pada 6 Januari 2009, Selasa. Pengawas ini menganggap perkara ini remeh dan belum meminta maaf kepada saya. Walaupun dia seorang pengawas dia tidak sepatutnya mendiskriminasi seorang pelajar ataupun seorang ‘senior’.
3.Saya telah memeriksa BUKU PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH MENENGAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR dari JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, edisi Bahasa Melayu, cetakan 2003. ISSN 1675-7866
1)Education-Disiplin 1. Judul 375
BAHAGIAN PENAMPILAN DAN KEKEMASAN
9.0 Tingkah laku murid yang dilarang di sekolah
9.1 Tingkah laku biadap
9.4 Tingkah laku Jenayah/ salah laku Berat.
9.4.12 menimbulkan isu sensitif yang boleh menimbulkan kacau-bilau
Ini merupakan kesalahan berat (B)
Kod | Jenis Kesalahan | Hukuman |
B 06 | Biadap dan tingkah laku tidak sopan | 1.Amaran keras 2.Dirotan 1-3 kali di punggung berlapik dengan menggunakan rotan ringan 4.Digantung persekolahan tidak melebihi 14 hari 5.Dibuang sekolah 6.Makhamah |
4.Dia juga boleh didakwa menurut AKTA PERLINDUNGAN KANAK-KANAK 1991, PINDAAN 2001.
Penderaan mental; perbuatan menjatuhkan maruah seperti dihina.
5.Oleh kerana saya tidak mahu memperbesarkan hal ini,saya cuma mahu pengawas tersebut meminta maaf daripada saya dengan ikhlas. Saya meminta jasa baik cikgu supaya dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera.Saya juga berharap perkara sebegini tidak akan diulangi oleh mana-mana pengawas.Diharapkan cikgu juga tidak akan menganggap hal ini dengan kurang penting. Kerjasama dan perhatian cikgu terlebih dahulu saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
Sekian.
Yang benar,
___________
(HILDA HEW MUN FOONG)
PELAJAR TINGKATAN 6 ATAS ASPIRASI
SMK SERI PANTAI.
0 comments:
Post a Comment