Caution: Read on your OWN RISK!

Warning!
The content of this blog may and can be extremely sensitive to some people, If you want to read the blog, I do suggest that you read it on your own risk.


Yes, every tale has more than 1 side of the story...I'm not GOD so I'm not everywhere nor am I all-knowing.

This is just my side of the story based on my understanding!

Tuesday, July 7, 2009

letter # 2

Saya terdengar khabar angin bahawa cikgu sudah mula bertegas dalam pentadbiran pengawas sekolah namun cikgu tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pengawas tersebut. Syabas dan kerja yang bagus tetapi cikgu hanya mengambil kira perkara yang lebih besar; cikgu menutup sebelah mata dalam menangani perkara yang kecil.

Perkara yang kecillah yang banyak membentuk/ mempengaruhi/ menyumbang kepada disiplin dan akhlak seseorang. Antara buku yang membuktikan penyataan tersebut ialah ‘The Pencil’ dan ‘The Pearl’ serta ‘Konserto Terakhir’. Selalunya pengalaman dan kejadian terutamanya perkara yang dianggap remehlah yang telah membentuk perwatakan seseorang itu.

Jangan pandang rendah akan perkara yang kelihatan tidak penting atau serius. Penjenayah, penagih dadah , pembunuh, pelajar bermasalah. Semua perwatakan ini terbentuk daripada kejadian yang dianggap kurang serius tetapi hakikatnya ia amat serius dan merupakan “the turning point of their life”.

Isu kasut di Burma telah mencetuskan semangat nasiolisme. Saya yakin dan sangat pasti bahawa dari sudut pandangan orang Inggeris, mereka menganggap isu ini sebagai sesuatu hal yang tidak penting malah ia merupakan sesuatu yang tidak mempunyai “any significance”. Tetapi bagi orang Burma, kejadian inilah yang telah membawa perubahan dalam sejarah dunia.

Saya yakin cikgu pernah mendengar pepatah ini; ‘Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri.’ Pepatah ini membuktikan perkara yang kelihatan “harmless”, lama-lama akan menjadi sesuatu yang sangat serius.

Pengawas itu telah diskriminasikan pelajar minority serta imej pengawas serta sekolah turut rosak atau dipandang rendah di mata sekolah.

Apa gunanya peraturan dan undang-undang jika pihak berkuasa tidak menguatkuasakannya?

Jika cikgu tidak mengenakan sebarang amaran, tindakan atau hukuman terhadapnya, ini secara tidak langsung akan:

*menghantar mesej bahawa perbuatannya tidak salah tetapi okay.

*Perkara ini juga bagai limau masam sebelah

*Hal seperti ini membawa kepada pembentukan diskriminasi; akan wujud pemikiran bahawa pengawas merupakan pelajar ‘kelas pertama’ manakala pelajar lain tergolong sebagai “second class students”.

Pengawas boleh buat apa-apa sahaja termasuk menyalahgunakan kuasa serta mereka tidak perlu hormat kepada pelajar senior. Pelajar–pelajar terpaksa ‘mengikut telunjuk’

-untuk pengetahuaan cikgu, perkara ini juga merupakan salah satu bentuk buli atau ‘ragging’

Perbuatan cikgu juga akan mewujudkan pemikiran bahawa seorang pengawas akan mempunyai ‘lesen’ atau ‘kelonggaran’ dan bebas untuk melakukan perkara, perbuatan dan pertuturan yang tidak patut dilakukan.

Sekali gus cikgu melahirkan pelajar dan pengawas yang “corrupted”, rosak akhlak, imej, keterampilan, moral, budaya, sikap, atitud dan pelajar yang laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.

Perkara ini juga bercanggah dengan piagam sekolah, visi sekolah, matlamat sekolah, falsafah sekolah dan moto sekolah ini! Perkara sebegini akan mewujudkan rasa tidak puas hati warga sekolah malah ini akan membawa kepada kes-kes disiplin yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Jika ini berlaku, saya mahu cikgu tahu bahawa secara tidak langsung, cikgulah yang akan menjadi punca utama terbentuk orang yang tidak bertanggungjawab atau tidak berguna dalam negara kita.

Cikgu-cikgu seperti itulah bagaikan pihak yang tidak melaksanakan amanahnya dan hanya makan gaji buta serta menyumbang kepada kemunduran negara kita.

Oleh itu, saya berharap bahawa cikgu akan menggetus tunasnya, sebelum ia menjadi pucuk terlebih dahulu. Bak kata meluntur buluh, biarlah dari rebungnya.

Sekian terima kasih!

HILDA HEW MUN FOONG

Pelajar 6 ATAS ASPIRASI (2009)

SMK SERI PANTAI.

0 comments:

Post a Comment